Alleia Anata:
"kelahiran tidak dirancang, bahagia cuma sementara, masa depan terjangka perit.."SIAPA anak kecil pemilik nama
ALLEIA ANATA?
Alleia adalah anak kecil yg lahir dr mamanya Sarah Amalia dan papanya Nazril Irham (
Ariel peterpan).
Sarah Amalia dan Ariel menikah setelah Alleia terbentuk di dalam rahim Sarah. Kesedihan telah bermula sejak awal lagi dimana kehadiran Alleia enggan diakui oleh Ariel, papanya. Namun setelah didesak, Ariel rela bertanggungjawab dan mengakui Alleia yg masih didalam rahim Sarah adalah anak dr benihnya dengan menikahi Sarah Amalia tidak lama selepas itu.
Kasihan Alleia, sejak lahir, pelbagai kontroversi melanda papa dan mamanya. Adakah kelahiran Alleia bukan dari rasa cinta yang mendalam papanya terhadap mamanya? Sayang Alleia..anak kecil yg tidak mengerti apa-apa, namun menjadi mangsa situasi konflik diantara dua org dewasa yg mampu berfikir secara matang. Andai Alleia bisa memilih, nescaya dia tidak mahu dilahirkan dalam keadaan itu.
"Papa, benarkah pernikahan papa dan mama hanya kerana Alleia?" ...Seandainya Alleia mampu bertanyakan pada papanya..
Yang Alleia tahu pada ketika itu cuma mahu menikmati kasih dan sayang mama dan papa untuk selama-lamanya. Mungkin itu menjadi harapan Alleia yg tidak akan pernah padam..
Namun, panas yg disangka hingga ke petang, berlaku yg sebaliknya. Di saat Alleia hampir mencapai usia bagi seorg kanak-kanak mula mampu mengingat memori yg akan tercipta, mama dan papa pula berpisah. Dan hakikat yg terdedah adalah, mama dan papa hanya tinggal bersama 2 tahun dari 3 tahun usia pernikahan mereka.
Alasan dari apa yg berlaku itu dikatakan oleh papa dan mamanya adalah apa yg terbaik buat mereka. Namun, pernahkah papa dan mama memikirkan kepentingan Alleia?
Seandainya pada saat itu Alleia telah memahami apa yg berlaku, pasti dia akan berkata,
"Ya, itu mgkin yg terbaik buat papa dan mama, tp bukan untuk Alleia. Alleia ingin bahagia ini kekal untuk selamanya. Alleia mahu seperti org lain,punya papa dan mama yg mesra."
Walau bagaimana pun, segala yg terjadi adalah suratan dari Ilahi.takdir Alleia telah dicorakkan sedemikian rupa. Alleia hanya mampu menerima dan tidak bisa memilih.
Siapa yg tidak tersentuh dengan takdir anak kecil secantik, sepetah dan sepintar Alleia?
Saat ini, setelah beberapa tahun berlalu, dan takdir Alleia bukan terhenti disitu. Dua hari sebelum menyambut hari lahirnya yg ke-6, kontroversi papanya yg menggoncang seantero Asia telah terdedah media. Benarkan lelaki di dalam 32 video porno itu adalah papa yg selama ini Alleia sanjungi dan banggakan?
dan, INIKAH HADIAH HARI LAHIR ALLEIA DARI PAPA?
Alleia sebelum ini pantang melihat papa muncul di kaca televisyen, pasti Alleia akan ceritakan pada teman-teman dan perasaan Alleia seolah-olah ingin menjerit mengatakan pada dunia,"INILAH PAPA KU, IDOLA YG HEBAT, BUKAN??".
Namun, kini bagaimana harus Alleia menerima kenyataan bahawa papanya telah melakukan sesuatu yg tidak terjangka dek akal Alleia dan seluruh masyarakat yg mengenali papanya. Setelah tersebarnya video porno papa, satu persatu teman intim papa didedahkan.
Sayang Alleia.. Seandainya Alleia diberi pilihan, Alleia tidak mahu lahir untuk menerima keadaan dan contengan arang sebgitu rupa. Bukan seorg dua melihat video itu, malah ia kini telah dijadikan inspirasi remaja untuk melakukan seks bebas.
Alleia tidak mahu papa menjadi idola yg sebegitu.. Alleia malu..
" Adakah papa pernah memikirkan Alleia sekurang-kurangnya sedetik sebelum papa melakukan perkara itu?"
Masa depan Alleia masih jauh. Masyarakat juga sudah mengenali sejak dulu bahawa Alleia adalah anak papa. Suatu saat nanti, ketika Alleia sudah mengerti keadaan ini, mungkinkah ada mulut-mulut jahat yg bakal mengungkit perbuatan papanya? dan bagaimana Alleia bakal menempuh hidup di hadapan yg masih penuh ranjau? dan bagaimama jika nanti dkn ada org yg bisa menyamakan Alleia dengan papa? Kalau dulu, Alleia pasti bangga, tapi akan datang, patutkah Alleia berbangga?
Takdir Alleia sangat menyentuh hati..Sudahlah lahir dengan status anak luar n**ah, dinafikan pula oleh papa diawal percambahnnya di dalam rahim mama, malah kontroversi dahsyat dan memalukan ini turut berlaku dalam hidupnya..Papa yang dihormati dan dibanggakan telah menconteng arang pada masa depannya.
Kasihan Alleia, seandainya Alleia bisa memilih yg terbaik untuknya....
**Saat saya melihat video Alleia semasa kecil ketika mama dan papa masih bersama, hati saya benar2 tersentuh. Alleia cantik, petah berkata-kata, pintar, suka menyanyi seperti papanya dan keletahnya benar2 boleh membuat org menyayanginya.. Dan Ariel seharusnya berfikir dengan baik sebelum melakukan sesuatu yg tidak seharusnya dilakukan sebagai papa kepada seorg puteri yg sempurna seperti Alleia. Semoga Ariel akan insaf dan Alleia akan menjadi puteri yg tabah dan solehah. Dan semoga Alleia kuat menghadapi hari muka yg masih belum pasti coraknya**...................sayang Alleia Anata.......................