try click.................

Thursday, December 31, 2009

AzaM TahUn BAru!!!

Salam kepada pembaca blog yg tersayang..

2009 dh nk meninggalkan kita..sebut psl thn baru, pastinya ramai yg mempunyai azam2 tertentu yg ingin dipenuhi..Bagi umat Islam, tahun baru telah pun disambut baru2 ini..iaitu pada 1 muharram..

Pentingkah azam? ada juga yg bila ditanya apakah azam thn baru, mereka cuma menggelengkan kepala.. Entahlah..masing2 punya hak untuk bercerita mengenai azam.. Ade yang merasakan ada atau tidak azam itu bkn la sesuatu yang memberi kesan ape2..


Saya mempunyai perspektif berbeza.. Dahulu, azam juga tidak memberikan apa2 erti dlm hidup ini..tahn baru atau tidak, tidak apa yg berubah melainkan kiraan usia yg smkn matang.. Namun skrg, bg sy azam sgt penting bg menentukan matlamat seseorg pd tahun baru itu.. Walaupun matlamat tersebut hanya perancangan awal, namun ia dapat membantu seseorang individu berusaha ke arah matlamat tersebut.. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.. Ibarat kata pepatah, "MANUSIA TANPA PERANCANGAN ADALAH MANUSIA YANG GAGAL". Saya juga pd thn 2010 mempunyai azam tersendiri.


Pada bulan April saya akn menamatkan pengajian dan pada bulan Ogos, Insya Allah konvokesyen dijlnkn. Azam sy dalam pelajaran adalah untuk menamatkan pengajian dengan ijazah kelas pertama.. Untuk ke arah itu, sedikit usaha perlu ditambah lg pd semester ini, iaitu mengulangkaji lebih awal, bukan pd last minutes..


Dari aspek peribadi pula, apa yg sy inginkan adalah untuk mengumpul wang sebanyak mungkin dalam kerja part time yg sdg dilakukan skrg iaitu mengajar renang.
Peluang yg diberikan tidak akn sy abaikan.. Saya menaruh hrpn untuk melihat lebih ramai pelajar saya berenang dgn baik. Insy Allah. Semoga Allah jauhkan saya dari sifat lalai dan mementingkan dunia sehingga alpa untuk mengingatiNya.


Seperti yang telah dikatakan tadi, azam merupakan satu matlamat. Maka sy perlu berusaha utk mencapai matlamat yg dirncgkn. Semoga Allah jauhkan sy dari sifat malas untuk belajar... Semoga Allah jadikan saya insan yang lebih tekun dan gigih untuk mencapai apa yg diinginkan.


Kadang kala kita sibuk menyambut thn baru dan begitu ghairah menetapkan matlamat dunia, mengumpul wang sebanyak mungkin, bkerja sehingga mengabaikan kesihatan dan belajar bersungguh2. Tetapi kita lupa matlamat akhirat. Begitu juga saya kadang kala lalai dengan urusan akhirat. Matlamat akhirat perlulah ditetapkan dan diletakkan paling hadapan dr semua perkara. Antaranya kita boleh menetapkan matlamat (azam) seperti:

1) Jika sebelum ini, solat kita rompong dalam sehari, maka kita tetapkan supaya tidak meninggalkan solat walaupun 1 waktu sekalipun.
2) Jika sebelum ini mengaji Quran cuma 2 kali seminggu, maka kita tetapka mesti 6-7 hari seminggu.
3) Jika sebelum ini kita lupa berzikir selepas solat, maka kita berubah sentiasa memberi ruang untuk untuk berzikir setiap kali selepas solat.
4) Jika sebelum ini kita tidak pernah bersedekah, maka bersedekahlah walaupun sedikit.. Sesungguhnya bersedekah di saat kita juga sedang dalam kekurangan itu sangat besar pahalanya.

Insya Allah, jika kita menetapkan azam dunia dan akhirat, dan kita tidak alpa untuk mencapainya, kita akan menjadi insan bahagia..

Sunday, December 27, 2009

MUTIARA 3

"Jangan sangka bahawa anda akan diberikan anugerah dalam segala hal, tapi yakinlah bahwa anda akan mendapat banyak kebaikan. Sedangkan jika anda berfikir bahwa anda akan mendapat seluruh anugerah dan pemberian, maka hal itu adalah mustahil."

Saturday, December 26, 2009

MUTIARA 2


"Kemampuan melupakan hal-hal yang tidak disenangi adalah suatu nikmat, mengingat nikmat-nikmat adalah kebaikan, dan tidak memikirkan kekurangan orang lain adalah satu keutamaan"


Friday, December 25, 2009

MUTIARA 1


"Jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih besar daripada apa yang anda rasakan saat ini, supaya anda tidak kehilangan apa yang anda miliki saat ini. Dan jangan tunggu-tunggu musibah yang akan datang, kerana jika demikian bererti anda ingin mempercepat datangnya kesusahan dan kesedihan."